Nicolae Ciucă

Nicolae Ionel Ciucă ( [nikoˈla.e ˈt͡ʃʲukə] ; lahir 7 Februari 1967) merupakan seorang ahli politik Romania dan Jeneral Tentera Darat Romania yang telah bersara. Beliau kini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Romania sejak 25 November 2021 selepas menerima sokongan parlimen.Ciucă telah mengambil bahagian dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq . Beliau ialah Ketua Staf Am Romania dari 2015 hingga 2019, dan Menteri Pertahanan dari 2019 hingga 2021. Beliau telah dilantik sebagai caretaker Kerajaan bermula dari 7 hingga 23 Disember 2020, selepas peletakan jawatan Perdana Menteri Ludovic Orban. Pada 21 Oktober 2021, beliau telah dilantik oleh Presiden Klaus Iohannis untuk membentuk kerajaan baharu, berikutan pembubaran Kabinet Cîțu dan penolakan Dacian Cioloș sebagai Perdana Menteri, yang kemudiannya menyerahkan penggalnya. Iohannis mencalonkannya semula pada 22 November 2021.

Rujukan

WikiPedia: Nicolae Ciucă http://www.cdep.ro/pls/parlam/structura2015.mp?idm... https://www.euronews.com/2021/11/02/romania-s-cris... https://www.politico.eu/article/nicolae-ciuca-roma... https://ro.usembassy.gov/ambassador-zuckerman-at-t... https://www.economica.net/nicolae-ciuca-va-merge-i... https://www.rferl.org/a/romania-coalition-parliame... https://a1.ro/news/politic/cine-este-nicolae-ciuca... https://www.agerpres.ro/documentare/2021/10/30/nic... https://www.agerpres.ro/politica/2021/10/23/psd-ci... https://www.antena3.ro/politica/guvernul-citu-a-pi...